GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, February 29, 2012

Buku Sana Sini

     Aku suka buku. Aku suka beli buku. Pantang nampak buku yang aku rasa best, pasti aku beli. Itupun kalau masa tuh dah gaji. Kalau tidak, aku hanya mampu gigit kuku ajer.
     Dalam bilik Abang Imran Zamir, memang aku mintak Abah ae belikan rak buku yang kaler hitam tuh. Untuk apa? Supaya aku boleh letakkan koleksi buku2 yang aku ada. Genre ader macam2. Ada juga buku2 teks yang susah benau nak diperolehi; hanya boleh dibeli semasa aku belajo ajer...
     Sekarang neh, ada 5 buah buku yang aku cuba nak habiskan baca. Opsss.. kat rak buku tuh belum semua aku khatam. Persoalan tentang bila nak kasi khatam tuh, biarlah ALLAH yang menentukan yer dak? Moh tengok 5 'sekawan' itu...


1. Mydin: Di sebalik Tabir ( editor tidak perasankah apa yang aku nampak tuh? ) berharga rm12.90 ajer. Beli kat Mydin Sri Muda neh. Banyak gambo2 dari mula penubuhan pasar raya Mydin hingga sekarang. Kisah berinspirasi.

2. Dewa Cintaku - cenderahati dari 'goodie' bag masa g 'pc' Pilih Kasih 3 arituh. A good story tapi gaya bahasa,aspek teknikal n pembacaan pruf agak lemah.

3. Kedua2 karya Pramoedya Ananta Toer - buku paling murah harganya jika nak dibanding dengan kualitasnya. Sebuah berharga RM5 sahaja. Dibeli di Pekan Frinjan ke-27.

4. Soal-jawab..... dibeli ekoran soalan2 pukulan maut  dari puteraku ini. Nanti puteri plaks yang dah laju cakapnya, ntah apa lagik soalan nak diduga kat mamanya neh...hihihihi.. aku rasa setiap ibu bapa harus ader/baca buku neh....

     Ohkey, chaiyok2 Roshidayu Che Mat!!! keh3...

Sunday, February 26, 2012

Pada Sabtu Depan ( 3 Mac 2012 )...

     Ohoiii.... rasa2nya sejak 2 menjak neh memang hujung minggu adalah paling bz. Alhamdulillah! Kalo idak, dok molongo n melopong ajer kat umah. Ohkey, nak jemput korang ke sini...

1.  "When Bloggers Meet Corporate" Day

Venue                  : One Logistics Hub (PKT HQ) @ Shah Alam
Date                    : March 3rd 2012
Time                    : 09.30am - 12.30pm
Activities             : Company Tour, Interview Session, Contest Briefing

PROGRAM SCHEDULE
09.30 am              Arrival of Bloggers & Press

09.45 am              Introduction by Blogger representative
- Short description from Blogger about their background

10.00 am              Welcome address by PKT Logistics Group
- Presentation on PKT’s company profile and visions.

11.00 am              Tour De’ Shippe - The Ship’s Office Tour
11.30 am              Nanas Walks - The Sea of Pineapples’ Tour.
12.00 pm              Lunch treat on 4th floor
12.20 pm              Gift Exchange Session
12.30 pm              End of tour


FAQ
Q: Who’s the organizer?
A: This event held by PKT Logistics Group Sdn. Bhd.
Q: What the objective of this event?
A: To build a good relationship between the company and bloggers.
Q: Who could join the event?
A: Definitely “Bloggers”
Q: What are the benefits that we could get from the event?
A: Will be unofficially attached blogger for the company, will be updated and invited for the upcoming event held by PKT, can join special contest that only can be joined by attended bloggers on that day (da prizes are AWESOME.....)

     Tudia, aku siap letak details semer sini. Pasal apa? Untuk memudahkan korang tau apekebendernya tuh kan? Kalo berminat boleh email aku eh.... atau email cik adik kita neh.. nak masuk grup PKT kat fb pon bole..

2. 

  Yang neh plaks untuk kaum wanita dan gadis sahaja. Boleh daftar ngan Puan Huda kat sini... pree ajer weh...

     Tunggu haper lagih? Moh kiterrr....

Friday, February 24, 2012

Si 'Dia' Sudah Bersuara...

     Aku juga dilanda. Dilanda kerinduan yang teramat sangat. Hanya mulut tidak mengeluarkan suara untuk 'menuntut' pertemuan seterusnya. Atau mungkin aku terlalu ego untuk meluahkan kerinduan itu... 
     Tapi, si 'Dia' sudah bersuara... dan aku.. ingin berkongsi rasa... berkongsi suara...untuk menyatakan kerinduan itu... dan bertanya soalan....

"BILAKAH PERTEMUAN AKAN DATANG LAGI??"

 Takkan nak tunggu sampai siput panjat dinding kan?

Depa neh berpakatkah?


 

Tuesday, February 21, 2012

Aktiviti Pada Hari Jumaat Ini ( 24 Feb. 2012 )

Moh ke sini. Dah gaji tuh. Den teringin nak 'menyambar' beberapa indie book. 'Dahagakan' maklumat lanjut. Nah FB depa, nah blog depa...

Monday, February 20, 2012

Ezam Mohd. Noor...

     Siapakah Ezam? Korang semer surely dah 'kenal' sangat2 kan? Di manakah dia berada now? Dier buat apa? Bla..bla...blu...blii...blah 
     
Rerupanya dier ado kat sini..
 Ezam : Saya tengok ada juga penglibatan parti politik dalam menyokong usaha pihak sekolah. (sambil merujuk kpd buku program). Wanita UMNO telah menyumbangkan bla...bla..bla

Aku??
 Kroohh...krohhhh dulu sebelum mesyuarat bermula. Ini tazkirah tak perlu duluhh..

Baik letak pic budak cumil neh...

Ilang gaks mantok ini...hihiihhi

Saturday, February 18, 2012

Friday, February 17, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID RAHIMIAH, KLANG

Moh kiter.. dekat ajer masjid neh kalo bagi jemaah Shah Alam dan Klang. Atas bukit depan Hospital Klang or HTAR.. 


Banner diamek kat sinik.. tengsss yea? 

Thursday, February 16, 2012

Sahabat Sampai Bila-Bila

     Semenjak 2 menjak neh, aku dok laju post gambo aku ngan retis itu dan ini. Ada yang bila nampak; aku macam nak lompat bintang pasal dah lama minat dan teringin nak jumpa. Retis tuh plaks kadang2 ada yang korang semer tak kenal kan? Tapi takper... Alhamdulillah! ALLAH bagi aku jumpa. Tqvm, bos... you know why...hihiihii

     Membaca komen2 entri sebelum ini dan entri2 mempromosi citer itu dan ini, jemput korang g sana sini, aku tergelak sendiri. Sambil gelak sambil fikir dan terkesan juga di hati aku. Bukan terasa atau marah, tapi tetiba hati berbisik,"Apa pandangan orang dan kawan2?".. "Tah2 ada orang fikir macam aku sorang jumpa retis padahal ramai antara korang siap bersaudara ngan retis tapi takder kepoh macam aku pon".

     Ada gurauan yang menyatakan aku dah kawan ngan retis dsb, nanti jadi retis. Sesaper yang bagi komen neh jangan terasa  yang aku tak senang ngan komen korang. SEBENARNYA AKU NAK TAIP, KALAU KORANG PERNAH KENAL DAN KAWAN NGAN AKU TAK KIRA KAT MANA, KORANGLAH RETIS DI HATIKU. AKU 'KUTIP' DAN BELAJAR 'PELAJARAN' HIDUP DARI PENGALAMAN ORANG LAIN. SEBAB ITU BILA PERTAMA KALI JUMPA, AKU AKAN SOAL KORANG MACAM POLIS PENCEN. MEMANGLER, ARWAH AYAH AKU POLIS.ABANG AKU POLIS. MA AKU PLAKS 'WARTAWAN' TAK BERTAULIAH PASAL SUKA SANGAT TANYA PASAL BACKGROUND ORANG KAN? TUJUAN AKU TAK LAIN UNTUK MEMAHAMI KAWAN2 DAN SAHABAT2 SUPAYA LEBIH MESRA DAN TIADA SALAH ANGGAP/PAHAM DI KEMUDIAN HARI. KITA NAK KAWAN/BERSAHABAT LAMA2 KAN? DALAM 'DASHBOARD' BLOGGER NEH, TAK KIRA NAMA/GAMBAR KORANG MUNCUL KAT MANA, RUANGAN 'FOLLOWER' ATAU 'BLOGLIST', KORANG ADALAH 'RETIS' AKU. NAK SEBUT DAN 'LINK' 1-1 KAT SINI KANG TAK G SKOLA PLAKS AKU KAN? YANG PENTING KORANG WEH, KORANG TAU SIAPA KORANG KAN?

     Ohkey, dah terluah isi hati aku. Mari tempek gambo ngan retis lagikkk...miahahahhaahah



 An author n scriptwriter, Amir Muhammad

 Sofaz

Ehem2.. dulu beliau neh pelakon tapi now dah 'upgrade' jadi pengarah, Jason Chong.

A 'cool' mum macam aku, Mak Uda. Siap jemput g umah kat Pasir Gudang...

Maybe ALLAH akan ketemukan kami secara eksklusif lain kali. Amin3!! korang, meh doakan aku gaks. 

  Salah seorang peserta Mentor, tak pasti musim mana, Sani. Bakal keluar dengan single pertama.

'Minah' Shah Alam yang jadi mek Kelate dlm CK-K neh. Saboo jahh..hihhii



p/s: 'posisi' kedua terakhir mahupun paling akhir tidak menjejaskan 'kepentingan' malahan memberi kesan yang sangat2 mendalam...paham tak?? hihihihi...



Wednesday, February 15, 2012

Tiket Pree Sudah Sampai

     Kepala masih weng-weng ekoran jumpa Zizan Razak n lelain malam tadi... nipu? Meh tunjuk bukti....

 Perut aku block...huh! London Weight Management, tanak amek aku jd model?

     Gegambo n citer nanti aku bubuh tuh pon kalo ramai yg komen entri ini..kuikuikuikui
     Nak tunjuk bukti kat yang bermurah hati bagi aku tiket pree neh. Dahlaa arituh bagi pen segabak banyak kat aku. Kalo korang still blur aku citer pasal aper, baca eh kat sinik.



Gambar pon weng2 jugaks? Hampehs!!..huhuhuh..so sorry eh korang?

To Paper Mate Malaysia, dunno how much appreciation I would express now. Just a promise to be 1 of your tiny, little yet loyal client to you. Mwwaahhhh!!!

To GSC, tqvm as well 4 this. You are my 1st 'love'. Not to 'fan' you but mentioning you means lots of nostalgia.

To Nizam Zakaria n KRU Studios, I 'dedicated' this pair of ticket to all of you as I want to watch 'Cinta Kura-kura' again next month... 

Tuan direktor Cinta Kura-kura, Nizam Zakaria

Again, THANKS 4 YOUR 'LOVE' GUYS!!

Tuesday, February 14, 2012

Moh Bergelak Sakan Ngan Abe William Shakespeare..


Sama ada usus korang rasa geli atau tidak tengok poster neh, aku nak jemputlah nonton. Aku dah tempah tiket utk. 18/2/2012 bersamaan malam minggu jam 9 malam. Kalo korang berminat nak tgk, bole roger2 aku kat memana yg korang tau nak contact aku. Kat bawah neh details...

Tarikh :  17, 18, 19 Februari 2012

 Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Masa :  9 malam

Had umur : 10 tahun ke atas
Harga tiket : RM10

Para pelakon.

Citer neh di'bahasa malaysia'kan oleh Fasyali Fadzly... x kenal? sila gugel ah...

More info kat fb COE n fb Fasyali Fadzly.... jumpa di sanan!!

Thursday, February 9, 2012

Lagi Perihal Pilih Kasih 3

     Harap bersabar ngan cerita Pilih Kasih 3 yang tak habeh2 neh yea? Kasi 'can' mali can weh pasal Abe Rosyam kata dah musim terakhir... leh cayer ker? hihihihihi....
     Ada 3 rancangan PK3 neh. 2 musim yang lepas ado 2. Kali ini kasi tambah lagik 1. 

1. Kisah Pilih Kasih
  • memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta.
  • mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak  24  episod di TV2.  
  • pengacara dan penyampai radio Nasional  FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan      untuk    mengacarakan Kisah Pilih Kasih ini.
  • Korang kenal kaa Muaz?? Inilah beliau....
 Comey kan? Sora pon sodap. Sopan santun juga. Adik2, sila amek jadi 'role model'.



2. Pentas Pilih Kasih 
  • menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan. kiranya live performance depalaa neh.
  • mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam di TV2 gaks.
  • dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Kat RTM yang atas bukit tuh.Bwh bukit adalah sekolah SEDAR.Nakkan bantuan utk ke sana, bole rajin2 klik sini. Angpa yang tinggal berdekatan dan pree plaks masa tuh leh mai ramei2. Masuk pon pree. Silap2 korang leh dapat hadiah lagik. Ohsem tak? 

    *Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.
 Reza yang kat tengah2 tuh. X do plaks gambo den berduo ngan beliau yea? Peramah beliau neh.

3. Zooom Pilih Kasih
    • menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Rancangan neh menjawab satu komen dalam entri PK3 yang sebelum2 ini yang 'curious' mengenai nasib peserta2 PK1 n PK2 terutama pemenang2 utama. Macam tau2 jer tuan empunya rancangan neh kan?
    • Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara.Kalo korang peminat setia rancangan berpagi2an; Selamat Pagi 1Msia kat TV1 tuh, konfirm kenal beliau neh.
    • program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.
    Eisya Toh. A friendly figure.


        Ohkey, itulah serba sedikit nota pendek buat korang kalo teringin sgt nak tgk PK3 neh tapi payah nak hafal jadualnyer macam aku. Nak baca lanjut pasal Pentas PK3 yang pertama bole g sinik.
         Nak juga menunjuk lagik gegambo ngan retis. Jakun kan? hohohoho...
    Rasonyer kitorang sebaya. Even jauh sangat beza yang lelain tuh tapi mak ok ajer noks. 'Humble' beliau neh. Lemah lembut ajer. Kalo kat tv tuh berlakon watak hampehzz, geram ajer kan3?..hihihih

    Gambo ini yang den paling suko. Dapat bergambar ngan Ustaz Ahmad Dini. Beliau bawa watak Atuk dalam rancangan 'Adik-Adikku' (Insyaallah boleh!). Berbusana hitam di sebelah beliau tuh aku agak isteri beliau. Ustaz baca doa pada hari kejadian. Bagus sekali doanyer.

         Ohkey korang, mohler nonton PK3!!

        

    Wednesday, February 8, 2012

    Mencari 'Cloth Book'

         Adik Iffah suka sangat mender neh, terutama yang bunyi bising2. Rasanya diletakkan plastik kat dalam. G 'usha' kat kedai 'Disney Baby' kat Ole2. Haremmm ado... Tengok2 kat tenet neh plaks, susah nak meng'oder'. Mana lagik nak cari eks? Biasanyer jenama imported lah macam Lamaze tuh. Reganyer tuh yang poblemnyer.


     Ini yang biasanya ada dalam pasaran.

     Kalo dapat yang macam neh lagi baguih.

         Mana nak cari yang banyak2 pilihan punya eks? MPH ado ka?

    P/S: Gegambo tuh semer amek kat sini..

    Monday, February 6, 2012

    Sembelitkah?

    Bermasalah 'constipation'kah? Korang bersetuju? Perkataan berwarna kuning itu tiada kena mengena dgn gambo retis ini... kebetulan?

    Friday, February 3, 2012

    'Jumpa' Ustaz Azhar Idrus, Beliau Cakap Apa?

       Skrin kat dewan solat bawah

    Salah satu dari 2 skrin besar berhampiran dewan makan.

         Pada malam itu, topik berkenaan Tauhid Uluhiyyah dikupas. Antara yang aku sempat catat ikut pemahaman aku ialah:-

    1. ALLAH tidak hanya melihat zahir hamba2NYA tetapi batin juga. Jadi, hal ehwal dalaman badan juga perlu dijaga seperti apa yang terlintas dan terniat di hati dan juga pemikiran.

    2. Dalam hal mencari ilmu, usaha adalah penting walaupun tidak mendapat kepandaian. Teruskan usaha. Lama kelamaan ALLAH akan kurniakan apa kita usahakan itu (aku dah banyak mengalami ini... sesungguhnyer benar).

    3. Apabila sudah belajar dan mendapat ilmu itu, perlulah diamalkan. Jadilah 'khutub khanah' yang bergerak. ('Walking' dictionary n ensaiklopedia laa tuh. Jadi tempat pertanyaan orang2 sekeliling tapi jangan bagi ajaran sesat udahler. Kalo tatau, sila rujuk orang yang betul dan lebih tau dahulu).

    4. Mahu syurga? Perlu diniatkan kerana ALLAH.

    5. Beribadat biarlah bersungguh2, jangan nak menunjuk ajer.

    Pastuh, aku kuar dari dewan solat bawah dukung Adik Iffah Zukrina amek angin. Cian dier berfeluh2....

    Glemer japs A.I. Bergilir2 kawan2 baru dari kalangan kakak2 nak dukung n riba dier....ada yang siap snap gambo lagik...hehehhehe 

         Alhamdulillah! Bertambah juga ilmu di dada kan? Tak kusangka rupanya 'bos' juga berada di sana. Ada antara korang yang hadir?

    Wednesday, February 1, 2012

    Nak Beg Tangan SACHS Secara Percuma?




    Nyatakan kenapa anda ingin memenangi contest anjuran namiacinta.com ini...

         Sebab ae? Biarlah gegambo berkata2...
    Ini beg tangan saya sekarang. Saya menggunakannya sejak 2009. Itupun kerna dihadiahkan oleh teman2 saya sewaktu bertugas di sekolah lama. Kiranya ada 'sentimental value' ah neh...kehkehkeh

    Mau tengok lebih dekat 'kondisi'nya?

    'Tangkai' neh kena spray laa kots..
    Ini plaks kena 'stapler'....

    Mungkin 'caption' gegambo neh akan jadi kenyataan kalo sy tak menang contest ini (ayat minta simpati)

    saya menyertai contest namiacinta.com kerjasama bersama dolceflavidus

         Korang takyahlaa sertai pasal 'henbeg' korang semer baru beli...kan3? (jangan rejek penyertaan ini dek krn ayatnya yer?)